Sanggup Buat Laporan Palsu Kerana Enggan Bayar Denda IC Baru, Wanita Ini Didenda RM1K

8 Sep 2022 • 6:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita tersebut telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret

Sanggup Buat Laporan Palsu Kerana Enggan Bayar Denda IC Baru, Wanita Ini Didenda RM1K. Oleh kerana tidak mahu membayar denda untuk mendapatkan MyKad (IC) baru, seorang wanita dari Kuching sanggup membuat laporan polis palsu.

Namun, penipuannya terbongkar dan wanita itu kemudian didenda kerana membuat laporan polis palsu.

image is not available
Sanggup Buat Laporan Palsu Kerana Enggan Bayar Denda IC Baru, Wanita Ini Didenda RM1K

Dakwa dirompak oleh dua lelaki bermotosikal

Menurut laporan, wanita tersebut, Victoria Soh Siew Ying, 39 tahun, mendakwa dalam laporan polis yang dibuat pada 31 Ogos lalu dia dirompak oleh dua lelaki bermotosikal berhampiran sebuah bank di Jalan Laksamana Cheng Ho.

Dalam laporan polis tersebut, dia menyatakan wang tunai sebanyak RM5,600 serta lesen memandu, kad ATM, kad pengenalannya dan rantai emas bernilai RM3,000 disamun.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Namun, ia kemudiannya didapati Soh membuat laporan polis palsu untuk mengelak daripada membayar denda untuk mendapatkan IC baharu.

Penipuan tersebut dibongkar apabila pemeriksaan pada rakaman CCTV bank mendapati tiada jenayah berlaku pada masa dia mendakwa telah dirompak oleh dua lelaki tersebut.

Soh kemudian mengaku bahawa dia kehilangan IC dia di sebuah pusat beli-belah di Sibu.

Didenda RM1,000 atau penjara sebulan

Soh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dirangka mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat laporan palsu.

Atas kesalahan tersebut, Soh dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

image is not available

Lagi di sini: