Didakwa ‘Lari’ Dari Siasatan JAIPs, Ini Respon Ustaz Wadi Annuar

Entertainment
3 May 2023 • 5:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular isu pendakwah Ustaz Wadi Annuar dikatakan lari daripada penyiasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Dalam sebuah kenyataan, Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim, Mohamad Wadi dilaporkan hadir ke pejabat itu kira-kira pukul 10 pagi semalam bersama dua peguamnya tetapi dikatakan keluar dari bangunan pejabat itu tidak lama kemudian tanpa sempat diambil keterangan.

image is not available

Menurutnya, JAIPs memerlukan kehadiran penceramah itu sahaja tanpa perlu membawa peguam kerana beliau dipanggil untuk mendapatkan keterangan bukan perbicaraan mahkamah.

Pun begitu, hari ini pendakwah bebas itu menerangkan bahawa kenyataan jabatan agama itu tidak benar malah melalui Facebook miliknya, beliau mencabar pihak JAIPs untuk menyaman dirinya.

Ustaz Wadi Annuar Mencabar Pengarah JAIPs Untuk Saman | Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar Mencabar Pengarah JAIPs Untuk Saman.#ustazwadiannuar

Posted by Ustaz Wadi Annuar on Wednesday, May 3, 2023

“Saya hari ini menegaskan bahawa kenyataan kami benar dan sekiranya JAIPs yakin bahawa kenyataan kami jauh tersasar dari realiti sebenar, saya mencabar JAIPs untuk menyaman sivil mana individu yang terlibat dan saya sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Ustaz Wadi difahamkan hadir kira-kira jam 10 pagi ke JAIPs ditemani dua peguamnya iaitu Mohd Jamil Yaacob dan Mohamad Kamarulzaman Jusoh.

Bagaimanapun, peguamnya, Mohd Jamil mendakwa sepanjang satu jam mereka di premis itu, pelbagai kerenah birokrasi cuba ditimbulkan pegawai JAIPs menyebabkan mereka mengambil keputusan beredar tanpa proses memberi keterangan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.