
Setiap orang yang sudah berkerjaya pasti mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai keseimbangan kehidupan semasa bekerja atau lebih mudah dipanggil sebagai ‘work-life balance’.
Malah ada yang merasakan work-life balance merupakan sesuatu yang sangat penting buat seseorang pekerja kerana perkara ini bukan hanya berkait kepada jaminan kesihatan sebaliknya menjadikan individu berkenaan lebih bermotivasi.
Bukan hanya itu mereka juga dapat bekerja dalam persekitaran yang baik dan tenang.
Namun tidak kurang juga ada yang berpendapat work-life balance tidak penting dan usaha keras adalah penentu hala tuju dalam mendapatkan semua yang diimpikan.
Janna Nick kongsi pendapat tentang ‘work-life balance’
Baru-baru ini, pelakon terkenal iaitu Janna Nick telah berkongsikan pandangannya mengenai work life balance di dalam karier seninya.
Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu temubual bersama pelakon Amelia Henderson di dalam podcast Studio Sembang yang disiarkan baru-baru ini di YouTube.
Menerusi temubual tersebut Janna Nick menceritakan tentang kerjayanya sepanjang berada di dalam industri dan sebagai seorang majikan.
Banyak generasi kini inginkan ‘work-life balance’
Pada minit ke-54 di dalam video tersebut Janna berkata dia sedar kebanyakan generasi kini mahukan work-life balance namun dia hanya dapat memiliki semua itu ketika berusia 28 tahun.
“Saya selalu perasan yang generasi kini mereka mahukan work-life balance (ketawa).
“Maaf ya aku mempunyai work-life balance selepas sudah berumur 28 tahun, selepas mempunyai rumah dan kereta,” ujarnya
Berpendapat selagi tidak mencapai matlamat jangan fikir tentang work-life balance
Kata pelakon dan juga pengacara itu, dia tidak menyatakan tentang semua ini untuk berlagak sebaliknya hanya mahu memaklumkan dia berpeluang untuk berehat selepas berusaha keras untuk mendapatkan semua itu dalam kehidupannya.
“Kalau matlamat pertama pun awak masih belum capai, awak jangan pernah berfikir untuk memiliki work-life balance, kecuali dilahirkan dalam keluarga yang kaya,” katanya.
Undang pelbagai reaksi netizen ada yang bersetuju dan ada yang sebaliknya
Walau bagaimanapun, kenyataan Janna mengenai work-life balance yang turut disertai dengan ketawanya telah mendapat kecaman dari orang ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.
Ada juga yang menyatakan tidak semua orang mempunyai matlamat yang sama di dalam kehidupan dan seseorang yang menginginkan work-life balance dalam kehidupan bukanlah kerana malas.
“Mahukan work life balance adalah jenaka ke? Ia tidak sama dengan pemalas. Setiap orang mempunyai perjalanan dan masa masing-masing…”

“Eleh jadual penuh pun dah menangis sebab depression lah bagai. Betulkan diri dulu sebelum nak kritik orang…”

Sementara itu, konten tersebut turut tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna aplikasi tersebut apabila ada yang tidak kisah jika tidak mempunyai work-life balance dan ada juga sebaliknya.
Tak juga bro. Negara lain yang lebih elok polisi kerja, kau sebagai “entry level” pun kerja dah ada work life balance. Kita takkan taknak Malaysia pun perbaiki polisi kerja lagi-lagi dengan syarikat MNC??
Kebiasaanya, untuk capai financial freedom, work-life balance harus dikorbankan. Akan tetapi, tak semua orang inginkan kemewahan. Cukup dengan hanya hidup bersederhana tapi tenang akal dan fikiran.
Ada kebenarannya disitu. Nak hidup selesa , kena ada goals. Nak ada saving, rumah , diusia muda bukan mudah. Hard working , struggle Sometimes Its work. But kau juga perlu support sistem yang kuat. Melainkan kau lahir dari family yg senang atau khwin dgn org kaya
nope nope. disagree. work life balance penting bah lg muda2 ni. kau nk hidup g krje brsusah payah tp masa dgn fmily kelaut. masa diorg tkde nnt bru nk kenang2. wasted. baik skrg krje pun balik awal, hidup bersederhana. JN lupa ke ukur baju dibadan sndiri bukan baju org lain dei !
Work-life balance ni subjektif. Tak perlu nak compare dgn life and gaji org lain. Kita sendiri pandai bahagi masa. Tak perlu nak influence org yg ckp kau takleh dengar org nk achieve work-life balance ni, rasa bs bagai. Hidup bukan berlumba siapa dpt dulu dia dah settle.

