Gelakkan Mereka Yang Nak ‘Work Life Balance’, Janna Nick Dikecam Netizen?

Entertainment
4 Apr 2023 • 12:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Work life balance merupakan sesuatu yang diperlukan bagi menjaga kesihatan mental serta fizikal, namun ianya agak sukar dicapai dan ramai yang masih bertungkus-lumus dalam bekerja untuk menyara kehidupan.

Dalam teaser episod podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson dimuat naik di Twitter, pelakon terkenal Janna Nick mendapat kecaman netizen selepas mengeluarkan kenyataan yang seakan merendahkan mereka yang ingin mencapai work life balance.

“I baru perasan generasi sekarang mahukan work life balance *ketawa*.

Sorry eh, aku ada work life balance lepas aku 28 tahun, lepas aku dah beli dua biji rumah, lepas aku dah beli kereta,” katanya.

Pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu turut berkata sesiapa yang belum mencapai matlamat dalam hidup jangan bermimpi untuk dapat work life balance melainkan mereka mempunyai ibu bapa yang kaya.

“Pandang rendah dekat orang lain?”

Kenyataan pendeknya itu mengundang kecaman netizen, ramai yang merasakan Janna Nick tidak seharusnya membandingkan kejayaan dirinya dengan orang lain.

image is not available

Pun begitu, pengacara rancangan podcast tersebut memberitahu melalui Twitter miliknya bahawa Janna tidak memperlekehkan sesiapa sebaliknya hanya ketawa kerana dia teringat betapa sukarnya dia ingin mencapai work life balance.

Pendapat orang semua lain-lain kan? Korang pulak macam mana?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.