Didakwa pukul abang ipar, pengurus sahkan Shidee ditahan reman

26 Mar 2024 • 9:10 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi era 80-an, Shidee merupakan individu yang ditahan oleh polis baru-baru ini atas dakwaan memukul abang iparnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Ahad.

Memetik laporan mStar, Efendy R Azmi atau lebih dikenali sebagai Fendy merupakan individu merangkap pengurus sahkan Shidee ditahan reman.

image is not available

Foto: Gempak

Menurutnya, dia menerima maklumat penahanan itu selepas menghubungi keluarga Shidee namun tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut berkenaan insiden itu.

“Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian kerana ia masih dalam proses siasatan polis,” katanya.

Sementara itu, Fendy juga berharap agar orang ramai tidak mmebuat sebarang spekulasi berhubung dengan penangkapan Shidee.

Pengurus sahkan Shidee ditahan reman

image is not available

Foto: Harian Metro

“Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian sebab ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

“Biarlah pihak polis melengkapkan siasatain berhubung kes ini terlebih dahulu,” ujarnya.

Terdahulu, terdapat laporan berkenaan penahanan seorang artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya selepas berlaku perselisihan faham.

Menerusi beberapa laporan daripada media, penyanyi berusia 65 tahun itu direman selama empat hari bermula pada Isnin hingga 28 Mac bagi membantu siasatan.

Sementara itu, perselisihan faham itu berlaku di rumah ibu mentua suspek dan difahamkan ini bukan kali pertama kejadian sama berlaku.

Dakwa pukul abang ipar, pengurus sahkan Shidee ditahan reman

image is not available

Foto: Harian Metro

Shidee dilaporkan memukul abang iparnya yang berusia 41 tahun menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.

Selepas mendapatkan rawatan, abang ipar kepada penyanyi veteran itu telah membuat laporan polis.

Sumber: mStar (Amin Hazlan)