Didakwa Seleweng Dana RM100,000, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis

LocalEntertainment
29 Jan 2025 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi telah membuat laporan polis susulan dakwaan dia telah menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.

Menerusi perkongsian di Instagram Storynya, Afreena dilihat telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada awal pagi Rabu.

image is not available

Dalam pada itu, Afreena atau lebih mesra dikenali sebagai Feena turut berkongsi satu tangkap layar (screenshot) memaparkan seorang individu mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang bernama Ika.

Individu tersebut turut mendakwa Ika telah menipu ramai pihak termasuklah ahli keluarganya sendiri.

image is not available

Terdahulu, Along mendakwa Afreena telah menyeleweng duit dana sumbangan orang awam yang berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskan dirinya semasa dia ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak mereka.

image is not available 3 days ago

Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Duit Dana Sumbangan Lebih RM100K - "Konon Nak Buat Biaya Anak Saya"