Polis Siasat Dakwaan Isteri Along Cham Ditipu

29 Jan 2025 • 8:31 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis sedang menyiasat berhubung laporan yang dibuat isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berhubung dakwaan kes penipuan dana.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan dibuat wanita terbabit di Kajang, Selangor.

“Wanita itu buat laporan mendakwa ditipu seseorang.

“Kes berkenaan sedang disiasat polis,” katanya pada Rabu.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Afreena tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180.

Menerusi hantaran di Instagram, Afreena turut menyatakan dirinya yakin bahawa kebenaran akan terungkap selepas laporan berkenaan dibuat.

Terdahulu, media melaporkan, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya itu menyeleweng sumbangan awam hampir RM100,000 yang diterima daripada rakan-rakan artis.



Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved