Didakwa Seleweng Duit, Bapa Baby Syifa Ditahan Polis

10 Jul 2024 • 10:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bapa kepada Baby Syifa ditahan oleh pihak polis pada Selasa dipercayai berkaitan dengan isu penyelewengan dalam urusan yuran guaman.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan bahawa pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menahan lelaki tersebut pada 2.45 petang, semalam.

image is not available

Foto: Bernama

Menurut Ramli, kes lelaki yang juga aktivis dalam memperjuangkan kes penganiayaan itu akan disiasat berdasarkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, lelaki berkenaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai dan disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhkannya iaitu YY Community Center.

image is not available

Foto: Media Sosial

Dalam pada itu, bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifa, Hafiz Norkhan telah menafikan wang terbabit digunakan bagi memulakan kerja untuk mewakili kes.

Difahamkan, selain tidak mengetahui namanya telah digunakan, Hafiz menyatakan bahawa beliau hanya dimaklumkan oleh mangsa serta pengadu lain sebelum laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)