Kes tipu yuran guaman, bapa Baby Syifaa ditahan

10 Jul 2024 • 8:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan bapa kepada Baby Syifaa pada petang Selasa berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki tersebut ditahan jam 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Sebelum ini, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhnya, YY Community Center," katanya pada Rabu.

Sementara itu, peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan menafikan wang kutipan itu digunakan bagi memulakan kerja untuk mewakili kes dikendalikan.

Menurut Hafiz, dia sendiri tidak mengetahui namanya digunakan bagi tujuan tersebut.

Jelasnya, dia hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain, sebelum bertindak membuat laporan polis berkenaan isu itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved