Didakwa ‘Sorok’ Fakta Kes Murid Cacat Gara-Gara Fasiliti Sukan Sekolah Rosak, Isteri Guru Dikecam – “Pergi Mahkamah Menipu, Mana Ada Cacat Kekal”

16 Jul 2026 • 10:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isu saman membabitkan seorang bekas murid yang mengalami kecacatan kekal terhadap seorang guru terus hangat diperkatakan apabila isteri guru berkenaan tampil berkongsi pandangannya di media sosial.

Menerusi beberapa hantaran di Threads, wanita itu mempertahankan suaminya dengan menjelaskan bahawa sepanjang prosiding mahkamah, suaminya hanya berdepan kesukaran menjawab soalan berkaitan raket badminton yang digunakan ketika kejadian.

Advertisement

pelajar menang saman raket badminton

Menurutnya, raket tersebut telah diperiksa dan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan.

Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang mendakwa perkongsian tersebut tidak menggambarkan keseluruhan fakta kes yang telah diputuskan mahkamah.

isteri guru Image from: Didakwa ‘Sorok’ Fakta Kes Murid Cacat Gara-Gara Fasiliti Sukan Sekolah Rosak, Isteri Guru Dikecam – “Pergi Mahkamah Menipu, Mana Ada Cacat Kekal” Image from: Didakwa ‘Sorok’ Fakta Kes Murid Cacat Gara-Gara Fasiliti Sukan Sekolah Rosak, Isteri Guru Dikecam – “Pergi Mahkamah Menipu, Mana Ada Cacat Kekal”

Ramai mempersoalkan tindakan mempertikaikan keadaan mangsa sedangkan mahkamah telah menerima bahawa bekas murid terbabit mengalami kecacatan kekal selepas insiden berkenaan.

Antara yang menjadi perhatian ialah dakwaan isteri guru tersebut yang menyebut mangsa tidak mengalami kecacatan kekal dan hanya menggunakan tongkat ketika ke sekolah.

“Dan budak tu tak cacat kekal… pergi sekolah bertongkat, padahal kat rumah siap boleh ride motor,” tulisnya.

Hantaran itu terus menerima kecaman apabila ramai berpendapat kenyataan sedemikian tidak sensitif terhadap keadaan mangsa yang dikatakan mengalami kehilangan penglihatan serta kecederaan kekal.

d Image from: Didakwa ‘Sorok’ Fakta Kes Murid Cacat Gara-Gara Fasiliti Sukan Sekolah Rosak, Isteri Guru Dikecam – “Pergi Mahkamah Menipu, Mana Ada Cacat Kekal” Image from: Didakwa ‘Sorok’ Fakta Kes Murid Cacat Gara-Gara Fasiliti Sukan Sekolah Rosak, Isteri Guru Dikecam – “Pergi Mahkamah Menipu, Mana Ada Cacat Kekal”

Selain itu, netizen turut menjelaskan bahawa pampasan yang diputuskan mahkamah bukan dibayar secara peribadi oleh guru terbabit, sebaliknya melibatkan kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab.

Mereka juga berpandangan bahawa isu sebenar dalam kes tersebut bukan sekadar berkaitan raket badminton, tetapi turut melibatkan aspek penyeliaan peralatan sukan dan tanggungjawab menjaga keselamatan murid.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kritikan terhadap hantaran isteri guru berkenaan, manakala keputusan mahkamah yang memihak kepada mangsa kekal seperti diputuskan sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pegawai kastam2026-07-13 14:20:18

'Kantoi' Minta Duit Kopi RM 100 Dekat Penumpang KLIA, Pegawai Kastam Kelam Kabut Mohon Maaf Di DM - "Tak Perlu Kecoh-Kecoh"

The post Didakwa ‘Sorok’ Fakta Kes Murid Cacat Gara-Gara Fasiliti Sukan Sekolah Rosak, Isteri Guru Dikecam – “Pergi Mahkamah Menipu, Mana Ada Cacat Kekal” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved