Didenda Cikgu, Kecederaan Lutut Murid Tahun 5 Ini Memburuk Selepas Dihukum ‘Ketuk Ketampi’

5 Feb 2023 • 5:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Murid terbabit mengalami kecederaan di lutut selepas terjatuh tiga bulan lalu

Didenda Cikgu, Kecederaan Lutut Murid Tahun 5 Ini Memburuk Selepas Dihukum ‘Ketuk Ketampi’. Dilaporkan kecederaan lutut seorang murid lelaki Tahun 5 di Kelantan semakin teruk selepas didenda ‘ketuk ketampi’ sebanyak 30 kali oleh cikgunya.

Kejadian terbabit menyebabkan murid berkenaan trauma dan takut untuk kembali ke sekolah, meskipun pihak berkuasa sekolah telah memohon maaf.

image is not available
Didenda Cikgu, Kecederaan Lutut Murid Tahun 5 Ini Memburuk Selepas Dihukum ‘Ketuk Ketampi’

Doktor telah menasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berat

Menurut laporan, ibu kepada murid terbabit, yang hanya dikenali sebagai Azlina, 36, berkata anaknya pada mulanya mengalami kecederaan di lutut selepas terjatuh semasa bermain bola sepak tiga bulan lalu.

Katanya, imbasan di sebuah klinik swasta menunjukkan patah tulang yang jelas dan doktor telah menasihatkan anaknya agar tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Kecederaan dialami murid itu menyebabkannya tidak dapat menghadiri kelas dan Azlina telah memaklumkan keadaan anaknya kepada gurunya.

Menurut Azlina, kejadian terbaharu berlaku pada 8 Januari lalu, apabila anaknya ponteng sekolah akibat cirit-birit. Beliau telah memaklumkan perkara itu kepada guru dalam kumpulan WhatsApp.

Walau bagaimanapun, anaknya dan beberapa pelajar lain dipanggil keesokan harinya kerana ponteng sekolah dan diarah untuk membuat ‘ketuk ketampi’ sebanyak 30 kali sebagai hukuman.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Tidak dapat menyempurnakan hukuman dan dituduh berbohong

Tambah Azlina mengenai kejadian tersebut, anaknya yang lututnya masih belum pulih, gagal menyempurnakan hukuman tersebut dan mengadu sakit.

Namun, aduannya tidak dilayan guru berkenaan dan disebaliknya menumbuk dadanya selepas menuduhnya berbohong.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Kemudian pada hari yang sama, keluarga murid itu menerima panggilan telefon daripada sekolah dan meminta mereka untuk menjemput murid berkenaan kerana mengadu sakit di lututnya.

Ayah Azlina pergi menjemput cucunya dan terkejut melihat budak itu dalam keadaan teruk, malah beliau dilaporkan terpaksa mendukung cucunya ke motosikal.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Pada malam itu, kanak-kanak tersebut mengadu lebih sakit dan Azlina membawa anaknya ke hospital. Tetapi pihak sekolah meminta beliau menangguhkan lawatan kerana anaknya bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Tidak lama kemudian, wakil sekolah tampil memohon maaf dan mengaku terlalu kasar dengan anak Azlina, serta menyerahkan sejumlah wang sebagai sumbangan.

Pada asalnya tidak mahu memperbesarkan isu

Ia difahamkan Azlina membawa anaknya ke Hospital Tanah Merah pada 22 Januari lalu dan kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bahru di mana murid itu menjalani pembedahan.

Namun, kejadian terbabit telah menyebabkan murid itu trauma tetapi pihak keluarga tidak mahu memperbesarkan isu terbabit. Walau bagaimanapun, Azlina mengaku kecewa selepas mendengar khabar angin yang mendakwa pihak sekolah tidak dipersalahkan dalam kejadian terbabit.

Tambahnya lagi, beliau akan membuat laporan polis tidak lama lagi berhubung kejadian itu bagi membuat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, ia hanya satu cara untuk menjaga kepentingan mereka dan tidak mendatangkan masalah kepada sesiapa. Ia difahamkan juga bahawa guru yang menghukum murid itu telah dipindahkan ke sekolah rendah lain di daerah itu.

Lagi di sini: