
SEMPORNA: Dua lelaki didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat kerana berurusan minyak petrol berjumlah 175 liter tanpa lesen.
Warga asing Mahahadil Hamsali dan warga tempatan Muslimin Mohammad mengaku bersalah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud berurusan minyak petrol masing-masing 100 liter dan 75 liter di sebuah stesen minyak di Semporna, tanpa sebarang lesen atau permit barang kawalan.
