
Tular di media sosial satu video lucu daripada netizen yang terkejut dengan perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman.
Mana tidaknya, hubungan mereka sebelum ini hanyalah sekadar rakan sekerja, tup tup dah ‘upgrade’ jadi rakan serumah pula!
Netizen janji nak daki Gunung Kinabalu jika BASS kahwin
Blh bagi hint x? @Didi Angel Astillah sebab kena training dulu ni. #fattahamin #bellaastillah #teambass
Pengguna media sosial itu dah mula ‘pening’ kerana dulu dia pernah berjanji untuk mendaki Gunung Kinabalu jika Bella berkahwin dengan Syed Saddiq.
Video tersebut menerima respon daripada adik Bella sendiri iaitu Didi Astillah yang memohon pengguna media sosial itu bersedia.

Didi mencadangkan individu itu mula berlatih membuatkan netizen membuat spekulasi Bella dan Syed Saddiq akan disatukan dalam masa terdekat.
Walaupun Bella dan Syed Saddiq tak pernah umum status hubungan mereka, penampilan bersama pasangan ini memang cukup meyakinkan ramai yang mereka sedang hangat bercinta.
Pssttt! Apa pun, kalau benar Bella dan Syed Saddiq ada jodoh, janji-janji luar biasa ni pasti akan jadi bahan lawak yang dikenang lama.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

