Didi Astillah dilamar malam tahun baru, teman lelaki tak segan melutut beri cincin

EntertainmentLifestyle
1 Jan 2026 • 5:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Didi Astillah menerima kejutan manis apabila dilamar kekasihnya, Diniey Ng, sempena sambutan malam Tahun Baru 2026.

Dilamar kekasih malam tahun baru

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, Diniey dilihat melutut tanpa segan silu sambil menyerahkan sebentuk cincin kepada Didi ketika konsert ambang tahun baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menyifatkan momen romantik itu sebagai permulaan baharu buat tahun ini dan tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.

“Mulakan tahun baru dengan Yes!” ujarnya sebagai tanda menerima lamaran tersebut.

Didi terima cincin pada malam tahun baru

Dalam video berkenaan, pasangan itu pada awalnya berdiri di kawasan penonton sebelum Diniey membuat kejutan dengan mengeluarkan bekas cincin, melutut dan menyarungkannya ke jari manis Didi.

Detik istimewa itu turut diserikan apabila Diniey dilihat bersalaman dengan ibu Didi yang hadir di lokasi sama.

image is not available

Mama Eina terima dua menantu ke ni tahun depan?

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata tumpang gembira dengan khabar gembira buat pasangan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut bahagia apabila Didi dan kakaknya, Bella Astillah sepertinya sedang berada dalam fasa bahagia dengan pengumuman serta lamaran daripada pasangan masing-masing.

image is not available

Tahniah Didi!

image is not available

Tumpang gembira dengan mereka

image is not available

Sorang buat pengumuman, sorang lagi melamar

image is not available

Artikel lain: Syed Saddiq dedah azam 2026, beri bayangan ada ‘hari istimewa’ dengan Bella Astillah

Sebelum ini, kakak kepada Didi Astillah iaitu Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti memberi bayangan bahawa bakal ada hari istimewa buat mereka pada 2026 sewaktu ahli politik muda itu ditanya tentang azam tahun ini di ambang malam tahun baharu.

Sumber: Instagram didiangelastillah