Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Youngrae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”

19 Sep 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian video memperlihatkan pelakon dan pempengaruh Maryam Youngrae memarahi anaknya iaitu Rina Diana supaya tidak membazir membeli patung permainan telah menarik perhatian netizen di laman Instagram.

Ajar beli satu

Menerusi video itu, Rina dilihat sedang menangis di hadapan sebuah kedai kerana mahu membeli satu lagi anak patung, namun dihalang oleh ibunya.

 

Maryam berkata, Rina hanya dibenarkan membeli satu barang sahaja dalam masa sehari.

 

Kata isteri kepada pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim, itu merupakan cara dia mendidik anaknya supaya tidak membazir wang membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Netizen puji

Rata-rata memuji tindakan Maryam mendidik anaknya biarpun dia dan suaminya sememangnya mampu untuk membeli apa sahaja untuk puteri kesayangannya.

 

“Kalau nak beli 10 pun dia mampu. Tapi dia ajar bagi anak faham. Dalam hidup ni tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. 

 

“Konten yang sangat bagus. Nak didik anak biar dari kecil. Biar mereka tahu bezakan bila parent berduit dan bila tak berduit.

 

“Bagus cara didikan dia. Dengan anak-anak sekali kita 'lemah' dengan taktik dia akan berulang-ulang. Boleh rosak budak tu lama kelamaan dek ibu bapa yang tak tegas,” komen beberapa netizen.

 

Sekadar info, Maryam dan Ryzal mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Rina Diana yang kini berusia dua tahun.