Diesel Dipercayai Diseleweng Dirampas, Babit Nilai Lebih RM28,000

13 Jul 2023 • 9:57 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Diesel bernilai lebih RM28,000 dirampas KPDN Kedah semalam - gambar hiasan

ALOR SETAR  -- Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 3,800 liter minyak diesel bersubsidi bernmilai RM28,170 dipercayai diseleweng dalam serbuan di sebuah stor di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam serbuan jam 10 malam itu hasil sumber risikan KPDN Putrjaya, pagar stor tanpa lesen itu berkunci dan tiada orang di situ.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai empat unit IBC tank (intermediate Bulk Container) yang berisi minyak diesel, satu unit IBC tank kosong, dua unit Skid Tank dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Affendi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau menegaskan KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barangan kawalan itu. -- BERNAMA