
Datin Seri Rosmah Mansor berjaya dalam samannya terhadap seorang pemilik akaun TikTok yang didakwa memfitnah beliau dengan tuduhan mengamalkan ilmu hitam dan perbuatan syirik.
Menurut laporan Kosmo, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan lelaki itu, Ku Muhammad Hilmie Ku Din membayar RM100,000 kepada Rosmah sebagai ganti rugi.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh selepas defendan gagal hadir atau menjawab saman yang difailkan sejak tahun lepas.
Rosmah Mansor dakwa reputasi tercalar

Menurut Rosmah, kenyataan yang dimuat naik defendan melalui satu video TikTok pada 22 Mac 2023 telah menuduhnya mengamalkan ilmu hitam dan syirik, terlibat dengan bomoh dan syaitan dan menjadi individu yang jahat.
Saya mengalami gangguan emosi dan kemurungan. Saya hilang keyakinan diri untuk muncul di khalayak ramai.
Rosmah juga berkata tuduhan tersebut mencemarkan imejnya sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri dan penaung pelbagai badan amal.
Mahkamah nilai fitnah serius, tapi…

Walaupun Rosmah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta, mahkamah hanya membenarkan RM100,000.
Tuntutan bagi ganti rugi teladan ditolak kerana tiada bukti kukuh dikemukakan.
Mahkamah berpendapat jumlah ini adalah penilaian adil dan seimbang.
Pssttt! Hati-hati dalam berkongsi atau membuat tuduhan di media sosial. Sekali tersilap, bukan sahaja reputasi orang tercalar, malah poket sendiri boleh jadi kosong!
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

