Difitnah Ambil Dadah & ‘Bela’ Individu Nama ‘Andy’, Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM 1 juta

Entertainment
14 Feb 2024 • 6:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Puteri Sarah Liyana bakal mengemukakan saman terhadap seorang pegawai pemasaran atas tuduhan memfitnah tanpa sebarang bukti.

Perkara itu didedahkan oleh Puteri Sarah sendiri menerusi Instagram miliknya. Jelasnya tuduhan dan fitnah yang diberikan itu tiada sebarang bukti.

“Memfitnah. Menyebarkan fitnah. Menuduh tanpa bukti. Next time nak menghina dan memfitnah make sure berserta bukti bukan jadi tin kosong.”

image is not available

Dalam dokumen kenyataan yang dilampirkan itu, tuntutan terhadap kenyataan yang berbaur fitnah itu ditujukan kepada individu yang dikenali sebagai Nazatul Nazira Binti Zainol Abidin berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan menerusi Instagram Stories dan WhatsApp Stories miliknya.

image is not available

Antaranya kenyataan yang diberikan oleh Nazira adalah menyatakan bahawa Puteri Sarah ada mengambil dadah, dakwa Puteri Sarah seorang yang bodoh sombong, menyara seorang individu yang dikenali sebagai ‘Andy’ dan tidak bertanggungjawab serta suka aniaya orang lain khususnya pekerja.

image is not available

Oleh itu, surat guaman tersebut dari pihak Puteri Sarah menuntut agar Nazira menarik semula keseluruhan kenyataan fitnah serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

image is not available

Malah, Puteri Sarah juga menuntut sebanyak RM 1 juta secara berasingan sebagai ganti rugi dan kerosakan yang telah dilakukan.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.