Difitnah mahu pisahkan cucu, ibu Aliff Aziz nak saman netizen

LocalEntertainment
16 Aug 2024 • 3:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu Aliff Aziz nak saman netizen disamping tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan kerana telah menabur fitnah terhadap dirinya.

Menerusi beberapa hantaran di InstaStory, Hafiza meluahkan rasa bengangya terhadap seorang individu yang membuat hantaran berkenaan dirinya sehingga dia dikecam ramai.

Ibu Aliff Aziz nak saman netizen

image is not available

Hafiza mengarahkan agar individu berkenaan memadam hantaran tersebut disamping menyifatkan perkongsian itu seperti fitnah dajjal terhadap dirinya.

“Kepada individu yang buat hantaran fitnah dajjal terhadap saya, padam hantaran itu atau kami akan ambil tindakan undang-undang. Laporkan akaun TikTok dia,” katanya dalam satu hantaran.

Sementara itu, pada hantaran yang berbeza, Hafiza memuat naik tangkap layar akaun individu berkenaan sambil berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Pada masa yang sama, Hafiza juga mengalu-alukan sekiranya individu berkenaan mahu bertemu kerana dia sendiri ingin tahu dari mana maklumat itu diterima.

Difitnah mahu pisahkan cucu, ibu Aliff Aziz nak saman netizen

image is not available

“Siapa yang dapat hubungi dia tolong beritahu dia, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap dia! Jika dia ingin berbicara dengan saya, silakan kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” luahnya.

Sebelum ini, seorang individu telah membuat hantaran di TikTok dan mendakwa Hafiza mahu salah seorang daripada cucunya diberikan kepada Aliff.

Individu itu kemudian berkata bekas menantu Hafiza iaitu Bella Astillah boleh memohon injuksi mahkamah untuk menghalang perkara itu daripada berlaku.

Ibu Aliff Aziz nak saman netizen tabur fitnah

image is not available

Tidak cukup dengan itu, individu berkenaan juga menggelar Hafiza sebagai seorang yang narsistik kerana sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak emosinya.

“Bekas mentua toksik. Betullah teori hubungan narcissistic personality trait, memang susah nak keluar. Ada saja jenis orang macam ni nak buat untuk penuhi kehendak emosi dia,” kata individu berkenaan.

Menerusi tinjauan, individu berkenaan masih belum memadam hantaran tersebut di platform TikTok, malahan ramai juga warga maya yang sudah mula mengecam Hafiza.

Ibu Aliff Aziz nak saman netizen ini

image is not available

Jangan pisahkan, kesian dorang

image is not available

Menyibuk, Aliff kan dah bagi sepenuhnya kepada Bella

image is not available

Takut Aliff yang minta nafkah kat Bella

image is not available

Terdahulu, Hafiza dan Aliff pernah membuat beberapa hantaran di media sosial meluahkan kerinduan mereka terhadap Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sekadar info, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah.

Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara kepada Bella.

Sumber: Instagram Fiza Aziz, TikTok mrs.zilabakri