Dituduh Konon Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Bakal Ambil Tindakan Kepada Pemfitnah

LocalEntertainment
16 Aug 2024 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bengang dengan tuduhan yang tak berasas, ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza menemplak individu yang memfitnah dirinya.

Menerusi Ig Story miliknya, Siti Hafiza kongsikan satu posting daripada individu yang telah memfitnah dirinya yang konon mengatakan bahawa dia mahu tuntut salah seorang cucunya.

“Untuk orang yang buat hantaran fitnah dajjal pasal diri saya ni, tolong padam atau kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap awak! Tolong report akaun TikTok dia ni.”

image is not available

Dalam pada itu, Siti Hafiza juga bersedia untuk bersemuka dengan inidividu tersebut untuk mendapatkan maklumat sahih berkenaan dengan dakwaan yang dibuat itu.

“Ini lah orangnya ya, jika dia ingin berbicara dengan saya silakan kerana saya ingin tahu mana dia dapat info fitnah ini.”

image is not available

Julai lalu, Hafiza dan Aliff ada muat naik beberapa hantaran yang menunjukkan luahan rasa rindu mereka terhadap anak Aliff dan Bella iaitu Ayden dan Ara.

Bella Astillah dan Aliff Aziz bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Ekoran dengan penceraian itu, Aliff bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya kepada Bella.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.