Diganggu Secara Seksual Ketika Beli Ikan Di Bako, Luahan Wanita Ini Buat Netizen Berang

27 Feb 2023 • 6:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku ketika wanita itu sedang membeli ikan di situ

Diganggu Secara Seksual Ketika Beli Ikan Di Bako, Luahan Wanita Ini Buat Netizen Berang. Walaupun kini tindakan telah diambil untuk menyedarkan mengenai isu ini, malangnya gangguan seksual adalah masalah berterusan dalam masyarakat, dan orang ramai terutamanya golongan wanita sering perlu berwaspada dalam melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak diingini.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya di media sosial apabila beliau diganggu secara seksual ketika membeli ikan segar di Kampung Bako, menyebabkan netizen berasa marah terhadap mereka yang terlibat mengganggu wanita tersebut.

image is not available
Diganggu Secara Seksual Ketika Beli Ikan Di Bako, Luahan Wanita Ini Buat Netizen Berang

Kali pertama pergi ke gerai tersebut

Menurut perkongsian wanita itu, beliau menyatakan bahawa beliau ingin berjalan-jalan di Kuching sambil singgah di Kampung Bako (yang terkenal dengan makanan laut segar mereka) untuk membeli ikan dan kerang segar. Berdasarkan perkongsian beliau, inilah kali pertama beliau singgah ke gerai tersebut.

Namun, beliau diganggu secara seksual oleh yang dipercayainya pekerja gerai tersebut. Beliau berkongsi pengalamannya dalam komen, di mana beliau berkata kumpulan terbabit ‘menseksualkan’ tubuhnya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Pada mulanya, okay je suasana di situ. (Tapi) semasa saya membeli kerang 2kg, mereka berkata ‘kalau awak jadi isteri saya, hari2 kena ‘h*njut’,”

katanya lagi.

Beliau kemudian berkata ‘jenaka’ itu semakin menjadi apabila kumpulan itu mula menghasut dan membawa ‘gurauan’ tidak senonoh itu sambil menyasarkan tubuh badannya.

Yang lebih menyedihkan, wanita itu ditemani oleh saudara-saudara wanita lain, termasuk nenek dan anak buahnya, tetapi mereka hanya dapat berdiam sahaja semasa beliau dikenakan gangguan seksual.

Boleh2 lagi mereka cakap, ‘muka awak baby face, tapi badan mantap habis.’ Sampai sekarang memang saya trauma. Sambil2 mereka cakap macam itu, siap ketawa lagi mereka seolah-olah benda tu dianggap gurauan biasa,”

ujarnya lagi.

Akibat kejadian tersebut, beliau menyatakan beliau terlalu trauma untuk pergi ke gerai tersebut. Malah, beliau berkata kelakuan mereka bukan cara untuk menarik pelanggan, tetapi sebenarnya menakutkan mereka.

Kalau berniat untuk mencari rezeki sambil ambil hati pelanggan, tapi dengan cara macam ni, memang tak guna lah. Nasib aku ni jenis boleh dibawa bergurau dan penyabar,”

tambahnya lagi.

image is not available
Kredit: Facebook

“Benda macam ni tidak ok langsung untuk dijadikan bahan gurauan,” – netizen

Rata-rata netizen berang dengan tindakan kumpulan peniaga terbabit yang mengganggu seksual wanita berkenaan.

Malah, ramai berkata tindakan mereka tidak boleh diterima langsung dan menganggap ‘gurauan’ kumpulan itu sangat melampau.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Memang kelakar lah orang lain akan berkata ‘gurau je’ tapi gurauan seperti ini sangat melampau. Ia tak OK langsung nak bergurau benda macam ni.”

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Minta dibelasah je orang macam ni.”

image is not available
Kredit: Facebook

Mengalami kesan trauma sejak kejadian tersebut

Ketika dihubungi ILOVEBORNEO, wanita itu (yang tidak mahu dikenali) berkongsi bahawa sejak kejadian terbabit, beliau mengalami kegetaran badan tanpa sebab, kurang tidur dan selera makan. Dan apabila beliau mempunyai selera untuk makan, beliau akan rasa seperti beliau ingin muntah makanannya.

Banyak lagi sebenarnya yang diperkatakan oleh kumpulan tersebut pada hari itu, tetapi saya tidak ingat kerana sibuk memilih ikan. Semasa mereka membuat gurauan seksual, saya terpaksa memaksa diri saya untuk ketawa walaupun tidak selesa kerana saya bimbang keselamatan saya jika saya bertindak balas. Saya berasa sangat bodoh pada ketika itu. Semasa saya hendak pergi, sempat lagi mereka berkata ‘lain kali datang lagi, saya suka badan awak,’ sambil ketawa.’

ujarnya lagi.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Wanita itu juga berkongsi atas kehendaknya sendiri apa yang dipakainya pada hari itu. Gambar yang dihantar kepada ILOVEBORNEO menggambarkan beliau memakai pakaian kasual yang menutupi seluruh tubuhnya. Menurutnya, beliau berasa dicabul walaupun memakai pakaian yang sopan.

Ini lah pakaian yang dipakai saya pada hari itu. Tapi mereka tetap mengganggu saya, depan muka saksi ahli keluarga saya. Ahli keluarga saya berasa marah pada masa itu tetapi tidak mahu membuat kecoh di sana. Mujur ada seorang kakak yang berjual di sana memberitahu saya untuk tidak memperdulikan mereka. Saya tetap senyum dan angguk, walaupun pada masa itu saya sudah berasa sangat takut dan marah,”

katanya lagi.

Pada masa ini, wanita itu berkata beliau enggan pergi ke gerai itu lagi dan kini mengambil masa ini untuk sembuh daripada trauma beliau.

Membuat jenaka terhadap tubuh seseorang dan ‘sexualizing’ tubuh mereka adalah TIDAK OK sama sekali. Jika anda fikir anda berada dalam situasi di mana anda diganggu secara seksual, rekod sebagai bukti (jika boleh) dan jangan takut untuk bersuara dalam media sosial atau berkongsi kepada seseorang mengenainya sebagai kesedaran. Pelaku perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Anda boleh menghubungi organisasi ini apabila anda berhadapan dengan situasi berikut:

1. SARAWAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY (SWWS)
Masa beroperasi: Isnin (7pm – 9pm), Selasa sehingga Khamis (9.30am – 11.30am), Sabtu (2pm – 4pm)
Nombor talian: +6082-368853
SMS/WhatsApp: +6016-5822660 | +6013-8044285
Emel: sarswws@gmail.com
Website | Facebook | Twitter

2. SABAH WOMEN’S ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9am – 5pm)
Nombor talian: +6088-280200 | +6011-27908020
Emel: sawo.women@yahoo.com
Website | Facebook | Twitter

3. ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9.30am – 5.30pm)
Nombor talian: +603-78770224
WhatsApp/Telegram: +6016-2284221 | +6016-2374221
Emel: telenita@awam.org.my
Website | Facebook | Twitter

4. WOMEN’S AID ORGANISATION (WAO)
Masa beroperasi: 24 jam
Nombor talian: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
Website | Facebook | Twitter

5. WOMEN’S CENTRE FOR CHANGE PENANG (WCC PENANG)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9am – 5pm)
Nombor talian: +604-2280342 | +604-3988340
WhatsApp: +6011-31084001 | +6016-4180342
Emel: wcc@wccpenang.org
Website | Facebook | Twitter

Baru-baru ini, seorang lelaki OKU di Kuching didakwa melakukan gangguan seksual kepada wanita ini:

Ketahui jenis gangguan seksual dalam talian dan langkah mengatasinya: