Lagi Drama Curang Selebriti! Kali Ini Hafidz Roshdi Didakwa Main Kayu Tiga

Entertainment
16 Feb 2023 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perbuatan curang Hafidz Roshdi (kiri) didedahkan sendiri isterinya Nurul Shuhada di Instastory. - Gambar Instagram Shuhada Shukri

“Ini lagi advance daripada Ira Kazar”. 

Demikian luahan berani mati isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mendedahkan suaminya telah dirampas oleh seorang wanita yang tidak didedahkan namanya. 

Menerusi sebuah hantaran Instastory yang tular, Nurul Shuhada secara sinis mengucapkan terima kasih kepada wanita berkenaan kerana menghancurkan rumah tangga yang dibina sehingga memberi kesan kepada anak-anaknya. 

image is not available

“Terima kasih sebab sakitkan saya dengan anak-anak yang tidak berdosa dan menjadi perempuan yang mengambil abah  mereka.

“Terima kasih sebab runtuhkan rumah tangga saya dan sanggup melihat wanita lain menderita hanya kerana ingin dapatkan hak untuk cinta seterusnya bahagia atas penderitaan kami,” tulisnya.

Tidak berhenti di situ, dia turut yakin dengan kuasa tular yang boleh menelanjangkan siapakah individu wanita yang dimaksudkan. 

Dia sempat mengingatkan para wanita agar berpada-pada dalam mempercayai suami. 

image is not available

“Kalau nak jatuhkan awak, sekejap sahaja sudah viral tetapi saya tidak lakukan dan hanya tunggu balasan daripada Allah SWT.

“Bukan aku sahaja menderita tetapi Humairah dan Umar lebih dahsyat melalui semua ini.

“Ini bukan seperti Ira, malah lebih hebat. Hati-hati wanita di luar sana, jangan jadi isteri bodoh seperti saya yang sering bersangka baik.

image is not available

“Sekarang memang saya salah sebab saya bodoh, sekarang makanlah dengan sikap bersangka baik itu,” katanya kecewa.

Hafidz Roshdi dan Shuhada Shukri berkahwin pada tahun 2016 dan sehingga kini mempunyai dua orang cahaya mata bernama Humaira dan juga Umar. – Getaran, 16 Februari 2023