Digelar ‘Vampire’ Kerana Wajah Awet Muda, Bell Ngasri Tak Kisah - “Pergi Ambil Anak Pun Orang Ingat Saya Macam Budak-Budak”

22 Apr 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Bell Ngasri menganggap mungkin kerana saiz badannya kecil merupakan antara faktor yang membuatkan dirinya dilihat sebagai awet muda.
 

Awet muda


Berkongsi kisah lucu, Bell berkata dia pernah berdepan situasi di mana ada ingat dirinya sebagai seorang remaja ketika mengambil anaknya pulang dari sekolah.

“Alhamdulillah terima kasih banyak banyak kepada mereka yang memuji tapi sebenarnya bagi saya, macam untuk saya mungkin sebab saya mempunyai saiz badan yang kecil.

“Sebagai contoh masa saya pergi tengok anak sekolah orang ingat saya macam budak budak, orang tak perasan yang saya ini orang tua,” katanya kepada Gempak.


Digelar vampire


Dalam pada itu, Bell berkata dia mengatahui bahawa ramai yang mengatakan dirinya termasuk adik-beradiknya seolah-olah ‘vampire’ kerana kelihatan muda daripada usia sebenar.

“Awak kata saya muda tetapi abang saya sudah berusia 52 tahun, dah ada cucu. Ada orang kata dia lagi nampak muda daripada saya. 

“Sedangkan saya dan dia tujuh tahun beza usia. Saya rasa mungkin sebab itulah, saiz badan saya yang kecil,” ujarnya.


Terdahulu, selain Bell, dua lagi adik beradiknya yang popular kerana memiliki wajah ‘baby face’ adalah Darling Ngasri dan Anne Ngasri.