Digi Hadir Dengan Pas Sahur – 444GB Pada Harga RM7 Untuk 7 Hari, 3-7 Pagi

TechnologyDigital
23 Mar 2023 • 4:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Digi kini hadir dengan penawaran pas sahur, selari dengan bulan Ramadan. Melaluinya, Digi menawarkan akses internet berkelajuan tinggi pada harga RM7 untuk kegunaan 444GB selama 7 hari.

Pas ini ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan juga pascabayar Digi, kecuali untuk pelanggan Pelan Gaming RDY.

image is not available

Pas Sahur ini hanya ditawarkan untuk penggunaan sekitar waktu Sahur, iaitu antara 3 pagi ke 7 pagi. Digi mengatakan pas ini boleh digunakan untuk kekal berhubung dengan tersayang melalui panggilan video, mahupun untuk strim ceramah agama atau tahun resipi sahur.

Bagi anda berminat, boleh mendapatkannya melalui aplikasi MyDigi, pilih laman Usage > Buy Add-Ons dan pilih Sahur Pass.