Digi mohon maaf, proses bayaran balik RM5 sedang berjalan

26 Aug 2022 • 7:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Digi telah menghubungi kami tentang artikel pengguna merungut ditolak kredit RM5 untuk servis yang tidak dipersetujui langganannya.

Daripada pemakluman Digi, pengguna yang terkesan sepatutnya menerima promosi percuma. Walau bagaimanapun, terdapat ralat pada pihak mereka yang menyebabkan kredit pengguna terlibat dipotong. Pihak mereka sedang memulangkan semula kredit tersebut dan ia dijangka selesai sebelum 27 Ogos 2022.

image is not available
Penjelasan daripada pihak Digi yang diutuskan kepada kami

Digi memohon maaf tentang kesulitan yang membelengu pengguna yang terlibat.

Tentang kredit RM5 ditolak tanpa persetujuan

Ada sebilangan pengguna prabayar Digi melenting selepas mendapati RM5 telah ditolak daripada kredit akaun mereka untuk sesuatu yang tidak mereka setuju untuk langgan.

image is not available

Apabila diperiksa kembali senarai SMS yang dihantar Digi, rupa-rupanya ada yang menerima SMS 5 hari lebih awal tentang "tawaran" itu. Malangnya, ia bukanlah satu tawaran untuk melanggan secara default, pengguna sudah melanggannya dan sekiranya tidak mahu pengguna perlu balas SMS untuk hentikan langganan.

image is not available