Digi prabayar guna helah licik untuk curi RM5? Periksa kredit anda sekarang

LocalDigital
26 Aug 2022 • 4:53 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kemas kini 26 Ogos 2022, 07:55 malam

Digi telah ambil maklum tentang isu ini. Anda boleh baca selanjutnya di pautan ini.


Dalam satu forum online, sekumpulan pengguna prabayar Digi merungut kerana kredit mereka ditolak untuk servis yang mereka tidak langgan pun. Semuanya mengadu kredit RM5 ditolak untuk pass yang mengandungi 500MB data dan kuota panggilan tanpa had.

image is not available

Apabila diperiksa kembali senarai SMS yang dihantar Digi, rupa-rupanya ada yang menerima SMS 5 hari lebih awal tentang pass itu. Malangnya, ia bukanlah satu tawaran untuk melanggan secara default, pengguna sudah melanggannya dan sekiranya tidak mahu pengguna perlu balas SMS untuk hentikan langganan.

image is not available

Kaedah ini sangat tidak beretika kerana pengguna dipaksa untuk melanggan dan sekiranya tidak, mereka perlu menarik diri secara manual. Itu adalah satu perkara yang songsang. Kami sudah berhubung dengan pihak Digi untuk maklumat lanjut.

Sumber: Forum Lowyat