
Kehadiran BLACKPINK di Malaysia telah berjaya memberi untung kepada negara.
Pada Mac tahun lalu, BLACKPINK telah mengadakan konsert jelajah di Malaysia, dengan anggaran 60,000 peminat yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Terbaru, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah berkongsi bahawa konsert BLACKPINK itu berjaya membawa pulangan ekonomi sebanyak RM64 juta kepada Malaysia, manakala konsert Coldplay pula RM130 juta.
Selain itu, mereka juga turut memberi sumbangan menerusi percukaian di mana BLACKPINK dan Coldplay masing-masing menyumbang RM2.7 juta dan RM8 juta kepada kerajaan.
@utusantvofficial 13 MAC 24: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan, konsert Blackpink sebagai contoh membawa pulangan ekonomi bernilai RM64 juta manakala konsert Coldplay pula RM130 juta. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #blackpink #coldplay ♬ AS IF IT’S YOUR LAST -JP Ver.- – BLACKPINK
Kata Hannah Yeoh,
Pulangan hasil bagi sebuah konsert adalah bersamaan dengan lebih kurang penganjuran dua acara sukan. Penganjuran acara konsert bukan hanya memberikan pulangan kepada perbadanan stadium malahan turut menyumbang kepada sektor seperti e-hailing, hotel, pengangkutan dan logisitik.
Fuhh cayalah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Dihadiri Puluhan Ribu Peminat, Konsert BLACKPINK & Coldplay Di Malaysia Bawa Pulangan Ekonomi Hampir RM200 Juta first appeared on KimchiDaily.my.

