Konon Nak Ubah Industri Idola, Netizen Jelek Lihat Ahli Kumpulan Popular Ini Sokong Jenama Diboikot Meski Dah Ditegur

EntertainmentMusic
11 Mar 2024 • 12:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat telah meluahkan kekecewaan mereka terhadap seorang idola wanita ini..

Baru-baru ini, kumpulan LE SSERAFIM telah dijemput sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan di konsert IU di Seoul.

Setibanya ahli di lokasi, peminat antarabangsa kebanyakannya kecewa melihat Yun-jin sedang minum kopi dari Starbucks, jenama yang sedang diboikot secara global kini dek sokongan mereka kepada Israel untuk menyerang Gaza.

Sebelum ini, wanita berusia 22 tahun itu sering mendapat perhatian kerana kenyataannya yang mahu ‘mengubah industri idola’. Namun, tindakannya kali ini telah membuatkan netizen menganggapnya sebagai hipokrit.

Tambahan pula, ini bukan kali pertama Yun-jin dilihat minum Starbucks bahkan sebelum ini, dia juga pernah memuat naik fotonya dengan air kopi itu di Instagram dan terus memadamnya, selepas ditegur peminat.

Bagaimanapun, idola itu nampaknya masih endah tak endah sahaja dengan nasihat tersebut.

Haihh la..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.