Dihentam Kerana ‘Cilok’ Logo Elephant Army Pada Baju, Kieda Crepe Mohon Maaf – “Kita Tengok Cantik Di Google, Terus Ambil …”

Design
23 Jul 2024 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan yang dikenali sebagai Kieda Crepe mendapat kritikan hebat warganet selepas dilihat menggunakan logo Ultras Pahang iaitu Elephant Army tanpa izin.

Menerusi aplikasi X, hantaran seorang individu meraih perhatian ramai apabila dia mendedahkan tentang logo Elephant Army yang terdapat pada baju dijual Kieda itu.

Selamba. Owner crepe kesukaan orang buat baju lepas tu pakai logo orang. Designer tak ada kerja ke bos? Bos tak endorse dulu ke design? Sesuka hati pakai logo Elephant Army tanpa kebenaran.

 

Minta maaf, tak tahu logo dah didaftarkan

Selepas isu ini tular dan mendapat kecaman, Kieda tampil memohon maaf dan mengakui dia tidak tahu bahawa logo itu sudah didaftarkan dan telah mengambil tindakan segera selepas ditegur.

Kita takkan lari dari masalah. Semua ni memang salah kita sebab tak research dulu tentang logo logo lain. Yang kita tengok cantik di Google kita terus amik pakai.

Tambah Kieda, dia akan menarik semula semua jualan baju dan tukarkan kepada logo yang baru selepas ini.

Kami mohon maaf atas kesilapan. Yang komen kita makan DUIT HARAM sebab gunakan LOGO EA, kami maafkan. Ini pengalaman dan pengajaran baru kami.

 

Dalam pada itu, Kieda turut memohon pelanggannya yang sudah membeli jersi dengan logo Elephant Army tersebut untuk memulangkan kembali kepadanya dan refund akan diberikan serta berkata pihaknya juga akan mengeluarkan baju dengan rekaan baru.

Takda rezeki Hilmi Zaki (designer Elephant Army) untuk baju Pahang. Tapi no worries , Amy buat design baru untuk orang Pahang ye? Thankyou semua yang support dan bekerjasama dengan baik. Refund baju semula kepada kami , kami tanggung rugi.

image is not available

image is not available 2 months ago

"Mereka Dah Biasa.." - Kieda Crepe Dakwa Selain Rumahnya, Rumah Kak KM Juga Dirompak Oleh Suspek Sama