“Kami akan return balik…” – ‘Team’ Kieda Crepe Mohon Maaf, Guna Logo Ultras Pahang Pada T-Shirt

Entertainment
23 Jul 2024 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular satu isu di mana usahawan tempatan, Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe dikatakan telah menggunakan logo hak cipta orang lain pada t-shirt mereka.

Logo yang dimaksudkan ialah logo kepunyaan Elephant Army yang merupakan penyokong pasukan bola sepak Pahang yang juga dikenali sebagai Ultras Pahang.

T-shirt itu dicetak khas untuk jelajah Pahang mereka, difahamkan ianya telah terjual sebanyak 90 helai dan hanya berbaki 60 helai sahaja.

Pun begitu, netizen sedar akan logo yang digunakan oleh Kieda itu dan memberikan teguran kepadanya.

image is not available

Kieda menerusi Facebook membalas komen itu dan mengatakan dia tidak tahu bahawa logo yang digunakan itu telah berdaftar, dia juga mengakui kesilapannya itu.

“Kalau abang suka sesama Melayu kena saman, kita tak berdaya buat apa tapi kalau sama-sama Melayu boleh berdoa untuk semuanya jadi baik, Allah permudahkan urusan abang,” tulisnya lagi.

Pihak Elephant Army juga ada mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut dan memberitahu logo itu telah pun didaftarkan sejak tahun 2018.

Susulan itu, pihak Kieda Crepe mengeluarkan permohonan maaf dan meminta kesemua pelanggan yang sudah membeli baju tersebut untuk membatalkan pembelian mereka dan wang mereka akan dipulangkan semula.

Moga jadi pengajaran buat semua…

Sumber: X, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.