Dihukum Penjara Lebih Empat Tahun, P. Diddy Menangis Minta Maaf & Merayu Belas Kasihan

EntertainmentPolitics
4 Oct 2025 • 3:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Akhirnya, perbicaraan dramatik yang mendapat perhatian dunia membabitkan Sean ‘Diddy’ atau lebih dikenali sebagai P. Diddy tamat dengan bintang hip-hop tersebut dijatuhi hukuman penjara lebih empat tahun.

Sebuah mahkamah daerah di New York mendapati P Diddy bersalah atas kesalahan berkaitan pelacuran dan penyanyi tersebut dilaporkan memohon maaf dan merayu belas kasihan atas perbuatannya.

image is not available

Ketika air matanya berlinangan, P. Diddy bercakap di mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan dan mengakui benar-benar kesal dengan perbuatannya.

Saya merayu belas kasihan, Yang Arif.

Penerbit muzik itu juga turut memohon maaf kepada keluarga dan mangsanya serta menyifatkan kelakukannya sebagai menjijikkan dan memalukan.

Saya sakit kerana dadah. Saya hilang kawalan. Saya perlukan bantuan tetapi saya tidak mendapat bantuan itu.

image is not available

Terdahulu, pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara 11 tahun terhadap penyanyi itu namun namun Hakim Arun Subramanian menjatuhkan hukuman 50 bulan penjara dan denda sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta).

Peguam penyanyi berusia 55 tahun itu pula merayu supaya dia hanya dijatuhi hukuman 14 bulan yang secara praktikal bermakna tempoh hukuman sudah dipenuhi memandangkan dia telah ditahan di penjara Brooklyn selama lebih setahun.

Pada Julai lalu, P. Diddy telah dibebaskan oleh juri daripada tuduhan paling serius iaitu pemerdagangan seks dan penglibatan dalam sindiket jenayah terancang.

Bagaimanapun, dia didapati bersalah atas dua pertuduhan membawa individu merentasi negeri untuk tujuan pelacuran.

image is not available 2024-09-26 14:56:59

1,000 Botol Minyak Bayi Dirampas Di Kediaman Sean P. Diddy, Nama Justin Bieber Turut Terpalit Sama