Petani rogol kanak-kanak perempuan, 11, dijel 27 tahun

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 4:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang petani berusia 61 tahun dijatuhi hukuman penjara berjumlah 27 tahun dan dikenakan empat kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, empat tahun lalu.

Lelaki itu didapati bersalah dan disabitkan melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di Tambunan pada 2021.

Bagi pertuduhan pertama, Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan dua sebatan ke atas lelaki tersebut kerana melakukan kesalahan itu pada jam 5 petang, awal Mac 2021 di sebuah kebun semak di Tambunan.

Lelaki itu diperintah menjalani hukuman penjaranya bermula dari tarikh jaminannya dibatalkan pada 19 Okt 2022.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun, berjalan serentak dengan hukuman bagi pertuduhan pertama, serta diperintahkan menerima dua kali sebatan rotan kerana mengulangi kesalahan itu pada 11 Julai tahun sama, antara jam 2 petang hingga 4 petang di kawasan semak berhampiran jalan di sebuah kampung.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) Akta sama, bagi setiap pertuduhan, yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun dan 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tujuh saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan semasa perbicaraan yang bermula pada 2021.

Timbalan Pendakwa Raya Eugenie Meredith Gilbert manakala lelaki itu diwakili peguam Datuk Peter Allion.