Dijamin Rupa Macam Baru, Ini Cara Mudah Untuk Bersihkan Barang Kemas ‘Silver’ Anda

3 Apr 2023 • 10:14 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang confirm berkilat!

Dijamin Rupa Macam Baru, Ini Cara Mudah Untuk Bersihkan Barang Kemas ‘Silver’ Anda. Jika anda memiliki sebarang barang kemas perak, anda akan perasan bahawa ia akan mula kusam dari setelah sekian lama.

Jika anda cukup rajin, anda mungkin akan menghantarnya kepada tukang emas untuk membersihkannya. Tetapi tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh membersihkannya sendiri dengan hasil kualiti yang terjamin? Part yang best lagi ialah, anda hanya memerlukan dua bahan sahaja!

image is not available
Dijamin Rupa Macam Baru, Ini Cara Mudah Untuk Bersihkan Barang Kemas ‘Silver’ Anda

Hanya memerlukan dua bahan yang senang nak dapat

Kaedah ini diajar oleh seorang pengguna TikTok yang pernah bekerja di kedai barang kemas dan mendakwa mereka membersihkan barang kemas perak mereka menggunakan kaedah ini.

image is not available
Barang kemas perak kelihatan kusam. Kredit: TikTok

Untuk melakukan kaedah ini, anda memerlukan dua item iaitu alumunium foil dan baking soda. Hanya masukkan aluminium foil ke dalam mangkuk kecil dan kemudian masukkan barang kemas perak anda di dalamnya.

image is not available
Masukkan semua barang kemas perak anda ke dalam mangkuk yang diisi aluminium foil. Kredit: TikTok

Selepas anda memasukkan barang kemas anda ke dalam mangkuk tersebut, ‘tutup’ barang kemas itu dengan menaburkan baking soda ke atasnya dan kemudian tuangkan air panas mendidih ke dalam mangkuk – anda akan melihat baking soda itu akan mendidih sekali.

image is not available
Tuangkan air panas ke dalam mangkuk. Kredit: TikTok

Setelah air sudah cukup sejuk untuk disentuh, anda boleh mencedok barang kemas anda. Anda akan mendapati bahawa barang kemas perak anda yang kusam kini berkilat dan kelihatan baik seperti baharu!

image is not available
Kredit: TikTok

image is not available
Kredit: TikTok

Mudah, murah dan cepat! Semoga cara ini memanfaatkan dan membantu ‘menyelamatkan’ barang kemas kusam anda.

Lagi di sini: