Dijual RM100 Sekilo, Ramai Tak Puas Hati Buah Dabai Dijual Pada Harga ‘Kayangan’

20 Jun 2023 • 4:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buah dabai kini dapat gelaran baru, buah T20

Dijual RM100 Sekilo, Ramai Tak Puas Hati Buah Dabai Dijual Pada Harga ‘Kayangan’. Buah dabai atau nama saintifiknya Canarium Odonthophyllum, adalah sejenis buah bujur kecil dengan kulit hitam yang merupakan juadah unik kegemaran penduduk tempatan di Sarawak.

Rasanya yang berlemak menjadikan buah ini diminati setiap peringkat umur. Namun, tidak semua golongan mampu menikmati buah ini dek kerana harganya yang mahal hingga boleh mencecah sehingga RM50 sekilogram.

image is not available
Dijual RM100 Sekilo, Ramai Tak Puas Hati Buah Dabai Dijual Pada Harga ‘Kayangan’. Kredit: FB Sibu Sarawak

Namun, baru-baru ini tular satu perkongsian di Facebook, di mana terdapat individu berkongsi sebuah foto dan mendakwa buah dabai ini dijual dengan harga RM100 untuk sekilogram.

Difahamkan, buah eksotik ini dijual di sebuah pasar tani yang terletak di Johor.

Jadi, padanlah harga yang diletakkan adalah harga kayangan. Jika di Sarawak sendiri harganya juga boleh mencecah paras ‘kayangan’.

Namun, setelah meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah pun dilontarkan oleh netizen.

Antaranya, rata-rata mendakwa harga yang dipamerkan terlampau mahal padahal buah dabai ini merupakan buah-buahan tempatan. Tambah netizen, buah ini bukanlah buah import yang memerlukan permit untuk dibawa masuk.

Jadi, tidak logik ianya dijual pada harga yang melampau.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga netizen menambah buah dabai ini pernah dijual pada harga RM300 sekilo atas alasan buah dabai tersebut baru dipetik dan masih segar.

image is not available

Namun, ada juga netizen yang menyokong tindakan penjual ini.

Tambahnya, harga yang ditawarkan sebenarnya masuk akal sekiranya pembeli mengambil kira kos logistik untuk membawa buah kayangan itu dipasarkan di luar Sarawak.

image is not available

Jadi, apa pendapat anda? Wajarkah buah dabai ini dijual pada harga RM 100 sekilo sehingga mendapat gelaran buah ‘kayangan’?

Baca lagi artikel menarik: