“Dik betul la, adik jadi DJ je la” – TokTi ‘Bahan’ Fafau Masa Konsert Buat Netizen Tergelak

Entertainment
14 Dec 2022 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terkenal dengan sikapnya yang merendah diri, lemah lembut, sopan santun dengan suara merdunya, wanita yang mendapat jolokan penyanyi nombor satu negara ini rupanya lucu dan suka bergurau.

Terbaru ini, penyampai radio terkenal, Fara Fauzana ada kongsikan satu video dirinya ketika menyaksikan konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza (TokTi) bersama-sama dengan Nana Mahazan dan Mimi.

 

“Dik betul la, adik jadi DJ je la” – TokTi

Dalam video tersebut, dilihat TokTi menghampiri mereka dan mengajak untuk nyanyi bersama TokTi, tahu lagu kegemaran Fafau, TokTi ajak dia menyanyi sekali.

Dilihat Fafau turut menyanyikan lagu Kau Ku Sayang saat mikrofon dihulurkan, namun apa yang menarik perhatian adalah respon TokTi selepas sesi nyanyian bersama itu selesai.

“Hahahahah nasib habang pilih lagu Fav kita “KAU KU SAYANG” (tu lagu me & my baby @nadeeeeeeenn) confirm hafal lirik ..cuma key tu .. keeeyyyyneepeee bunyii mcm tuuu image is not available kata. Korang tengok laa video tu sendiri! wait till the end …”

Ramai netizen terhibur apabila melihat video tersebut, bahkan mereka yang hadir pada konsert itu dapat menyaksikannya secara live pun turut sama terhibur.

image is not availableimage is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Haduii, biasanya orang lembut-lembut macam ni kalau bagi setepek atau buat kelakar memang rasa padu bila kena. Hahahahhaha!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article