Dikaitkan dengan beberapa insiden, TMJ jawab tuduhan tak berasas

17 May 2024 • 3:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ jawab tuduhan tak berasas selepas baginda dikaitkan dengan beberapa kes jenayah yang berlaku baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di InstaStory, TMJ menegaskan beberapa kes jenayah itu tiada kaitan dengan beliau atau organisasi bola sepak seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

TMJ jawab tuduhan tak berasas

image is not available

Antara kes jenayah yang dikaitkan dengan baginda adalah kes pemain bola Akhyar Rashid disamun, kes Faisal Halim disimbah asid, kes kereta Safiq Rahim dipecah dan kes atlet kayak Siti Nur Masyitah Elias dilanggar.

Selain itu, TMJ turut dikaitkan dengan penangkapan seorang lelaki yang memiliki bom di Bagan Serai, Perak dan Balai Polis Ulu Tiram yang diserang lelaki bertopeng sehingga menyebabkan dua anggota ditembak pada Jumaat.

Menurut baginda, beberapa individu mendakwa kes-kes jenayah ini sebenarnya mempunyai penglibatan daripada TMJ sendiri, FAM, MFL dan juga pihak polis.

image is not available

Namun begitu, TMJ yang juga merupakan pemilik kepada Johor Darul Ta’zim menegaskan semua pihak yang disebut sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kes-kes jenayah itu.

“Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak.

“Tetapi mari kita beramai-ramai buat solidariti ‘stop violance in football’. #inisemuasalahtmj,” ujarnya sambil menyindir.

Akhirnya bersuara, TMJ jawab tuduhan tak berasas

image is not available

Foto: Sukanz

Terdahulu, nama TMJ mula disebut-sebut selepas Faisal diserang menggunakan asid dan ada pihak yang mendakwa insiden itu telah diarahkan oleh baginda sendiri.

Disebabkan itu, ramai yang mula mengaitkan TMJ dengan kes-kes jenayah yang berlaku baru-baru ini disebabkan baginda memilih untuk mendiamkan diri.