“Tiada kaitan dengan bolasepak” – TMJ Seru Semua Pihak Lawan Keganasan

Entertainment
17 May 2024 • 4:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita beberapa orang pemain bola sepak kebangsaan terlibat dengan kes-kes jenayah.

Antara yang paling mengerikan, ialah kes simbah asid yang menimpa pemain kebangsaan Faisal Halim yang memerlukannya menjalani beberapa pembedahan.

Terbaru, dalam sebuah hantaran di IG Story, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir sesetengah pihak yang berspekulasi dan berkata baginda ada kaitan dengan kes-kes yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan itu.

image is not available

Dalam hantaran itu, TMJ bagaimanapun menolak dakwaan itu dan mengajak semua pihak untuk melawan keganasan dalam bola sepak khususnya.

“Akhyar (Rashid) kena samun, Faisal (Halim) kena (simbah) asid, Safiq (Rahim) kereta kena pecah, Siti Nur Masyitah kena langgar kereta, semalam seorang lelaki dari Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa bom di rumah semalam, Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng dan dua anggota polis ditembak.

Semua ini kerja TMJ, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), polis dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak.

Tetapi mari kita beramai ramai buat solidariti ‘stop violence in football’. #InisemuasalahTMJ,” tulisnya.

Sebelum ini, beberapa spekulasi mengaitkan TMJ dengan kes Akhyar Rashid yang dipukul serta samun, kereta Safiq Rahim dipecahkan serta kes simbah asid Faisal Halim.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.