Dikatakan Mirip, Agy Dedah Tidak Mempunyai Pertalian Saudara Dengan Reen Rahim

9 Aug 2024 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Agy mendedahkan yang dia tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan pelakon Reen Rahim.

Sungguhpun begitu, Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy Rajan mengakui yang rupa parasnya sedikit mempunyai persamaan dan mirip raut wajah pelakon popular itu.

Reen Rahim

“Saya tiada kena mengena dengan Reen Rahim. Cuma kebetulan Reen merupakan pelajar kepada Pak Long saya. Dia pun baru tahu selepas video saya viral tempoh hari. Tetapi saya dengan dia tiada kena mengena langsung. Cuma saya anggap dia macam kakak saya.

“Kalau nak tahu, saya mula mengenali Reen menerusi pengurus saya sebab ramai yang cakap muka kami serupa. Jadi saya hubungi Reen untuk buat content bersama,” katanya kepada Gempak.

Agy tanpa berselindung menambah, kolaborasi bersama Reen baru-baru ini memberi sedikit kelebihan untuk dirinya lebih dikenali.

Selain itu, dia turut mengakui yang strategi seumpama itu harus ada bagi individu sepertinya yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang seni.

"Dalam karier, kita kena ada perancangan dan kita tak boleh selesa. Kebetulan waktu itu saya rasa ramai suruh saya buat (kandungan) dengan Reen dan kita ikut demand. Bila netizen minta kita buatlah,” kongsinya.

Agy menambah, dia juga berasa beruntung dan bertuah apabila Reen sudi bekerjasama dengannya. Selain itu, dia turut mengakui kolaborasi bersama pelakon itu membantu dirinya menambah rezeki.

"Kita buat sebab peminat yang sokong kita dan buat content tu menjadi. Alhamdulillah, selepas itu, kalau dapat undangan mana-mana majlis, saya akan hubungi Reen dan bertanya jika dia ingin turut serta. Dua-dua pihak menerima kesan positif.

"Selain itu, saya rasa ia membantu dari segi marketing saya. Jujurnya ada. Tetapi tidaklah banyak tetapi ada. Syukur sebab saya akui memang membantu rezeki saya untuk diri dan keluarga. Memang ini semua rezeki tapi masa yang sama saya juga telah bekerja keras untuk ini semua.

"Namun, saya tetap bersyukur dan berterima kasih pada Reen sebab sudi kerjasama dengan saya," tutupnya.

View Original Article