Tak semena-mena, Winter aespa telah menerima kecaman ramai hanya disebabkan khabar angin percintaannya dengan Jung-kook BTS.
Sebelum ini, Jung-kook dan Winter dikatakan sedang menjalinkan hubungan, hanya disebabkan beberapa kebetulan yang berlaku antara mereka.
Tambahan pula baru-baru ini, lelaki itu telah membuka akaun Instagram baru dengan username ‘mnijungkook’, menimbulkan dakwaan ‘mni’ itu merujuk kepada nama sebenar Winter iaitu Min-jeong, walaupun Jung-kook sendiri dah menjelaskan bahawa nama itu hanya bermaksud ‘my name is’.

Pun begitu, Instagram Winter dilihat telah dibanjiri komen negatif dari peminat Jung-kook, dengan ramai yang memintanya untuk menjauhi ahli BTS itu meskipun hubungan mereka hanya spekulasi yang dibuat netizen.
Setakat ini, lebih 19 ribu komen telah ditinggalkan, dan peminat aespa saling bekerjasama menulis mesej sokongan buat Winter, demi melindunginya daripada melihat komen-komen yang berunsur hinaan.
Lahh gosip je kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Jungkook BTS, Instagram Winter aespa Dibanjiri Ribuan Komen Kecaman first appeared on KimchiDaily.my.


