Dikecam Berkemban Dalam ‘Serumpun’, MV Lagu Raya Mimi Fly Kini Hilang Dari YouTube!

LocalEntertainment
18 Mar 2025 • 7:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Mimi Fly

Video muzik (MV) lagu raya “Serumpun” nyanyian Mimi Fly dikatakan sudah tidak boleh ditemui di YouTube. Biar betul?

Menurut laporan mStar, perkara ini disedari oleh netizen yang berkongsi di media sosial, termasuk di Twitter, menyatakan rasa sedih apabila MV tersebut tidak lagi boleh ditonton.

MV Serumpun Mimi Fly dah tak ada dekat YouTube,” tulis seorang peminat.

Ada kaitan dengan kontroversi ‘berkemban’?

image is not available

Netizen mula membuat spekulasi bahawa MV itu mungkin telah diprivatkan susulan kecaman terhadap penampilan berkemban Mimi dalam muzik video berkenaan.

Dah private mungkin sebab orang bising fasal berkemban tu kot..

Mungkin nanti malam raya dia release semula. Bulan puasa orang kita sensitif sikit.

Sebelum ini, Wanita Amanah Wilayah Persekutuan turut mengecam muzik video tersebut kerana dianggap tidak sesuai dengan ajaran Islam dan konsep Aidilfitri.

Mimi Fly terima kecaman dengan hati terbuka

image is not available

Dalam satu temu bual bersama mStar, Mimi Fly berkata dia menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan tidak berniat mencipta kontroversi.

Menurutnya, dia terlalu fokus pada aspek seni dan karya, sehingga terlepas pandang tentang isu lain yang timbul.

#ApaKataOhmedia

Dalam berkarya, kreativiti itu penting, tetapi sensitiviti masyarakat juga perlu diambil kira. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua artis agar lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya yang sesuai dengan norma budaya tempatan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.