
Beberapa hari lalu, tular satu video yang dirakam oleh individu di sebuah restoran menunjukkan sikap ibu bapa tidak endahkan perilaku anak kecilnya yang dikatakan bising sehingga mengganggu ketenteraman orang lain.
Memandangkan ianya tular, pemilik video yang dikenali sebagai Adzren Adnan telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ada di antara mereka mengecamnya sehingga mendoakan perkara yang tidak baik kepadanya kerana dianggap tidak memahami situasi ibu bapa yang ada anak kecil.
Susulan itu, Adzren yang merupakan seorang ejen takaful ini tampil memberikan penerangan dan sekaligus menyampaikan satu teguran pedas buat ibu bapa yang bersikap ignorant menerusi Facebook miliknya.
“Staf di restoran dah datang tegur mak ayahnya, tapi mereka ignore”
Kata Adzren, tujuan dia memuat naik video tersebut bukanlah kerana dirinya yang benci dengan anak kecil, memandangkan dirinya juga mempunyai anak buah yang mungkin seusia dengan budak tersebut.
Mengenai situasi semasa dirakam, Adzren menyatakan ada kakitangan di restoran tersebut telah memberikan teguran kepada ibu bapa tapi masih tidak diendahkan. Disebabkan itu, Adzren dan pelanggan lain mengambil tindakan dengan sengaja membuat rakaman dan mainkan semula dengan bunyi yang kuat.

“Saya tak benci budak, saya bukan anti kanak-kanak, bukan isu autism atau down syndrom, budak adalah budak. Saya sentiasa ada masalah dengan “IGNORANT PARENTS” macam ni. Satu jam dibiar menjerit, tak ada satu teguran pun dibuat.”
“Staf di restoran dah datang tegur mak ayahnya, tapi mereka ignore. Kami ramai-ramai cuba bagi hint dengan merakam, angkat phone tinggi-tinggi, ulang semula rakaman dengan buka volume paling tinggi supaya dengar suara anak mereka menjerit, tidak diendah.”
Menjawab pertikaian netizen kenapa memilih merakam daripada menegur, Adzren menyatakan bahawa dia mahu elak daripada berlaku kekecohan kerana staf telah menegur individu terbabit. Malah Adzren juga turut tampil memberi respon berkenaan dengan membuka aib dan ganggu privasi keluarga tersebut. Boleh baca dibawah ni.
Dalam pada itu, Adzren juga menegaskan agar tidak menyamakan situasi ini dengan anak-anak istimewa kerana ia adalah situasi yang berbeza. Jelasnya, seandainya budak itu anak istimewa, ibu bapanya pasti bukan jenis ignorant kerana tahu cara untuk mengendalikan situasinya.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


