Dikecam Kongsi Kisah Pernah Main Judi, Shuib Mengaku Silap – “Tonton Dari Awal Hingga Akhir, Ramai Akan Dapat Pengajaran”

Entertainment
24 Jul 2024 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak dikenali, Shuib tampil membuat permohonan maaf selepas teruk dikecam susulan menceritakan kisah dirinya pernah bermain judi suatu ketika dahulu di dalam podcast di YouTube.

Mengaku silap cerita perkara lama

Kata Shuib, biarpun perkongsiaan tersebut dilakukan untuk beri pengajaran kepada orang ramai tetapi sedar kisah aib sendiri tidak elok didedahkan.

Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Harap tengok video sampai habis

Sedar teruk dikecam netizen di media sosial kerana seperti membuka aib sendiri kepada umum, pelawak itu berharap agar orang ramai menonton episod podcast tersebut hingga habis sebelum menghukum dirinya.

Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.

Bahkan, Shuib berkata pada awal video tersebut, pihak mereka sudah meletakkan ‘peringatan’ supaya tidak mengikut gejala terbabit dan perkongsiaan yang dibuat hanyalah sekadar pengajaran.

image is not available 2 days ago

"Semoga Kisah Ni Manfaat Buat Yang Lain" - Shuib Akui Berhabis Duit Main Judi, Syukur Dah Berhenti