Mengaku pernah main judi, netizen tegur Shuib – “Aib tak perlu dikongsikan pun”

23 Jul 2024 • 10:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Netizen tegur Shuib

Tindakan usahawan dan pelawak, Shuib yang mengaku pernah terlibat dalam permainan judi sewaktu muda telah mendapat kritikan serta teguran daripada orang ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, individu tersebut berpendapat Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tidak sepatutnya mendedahkan perkara yang dianggap aib tersebut kepada umum.

Netizen tegur Shuib

image is not available

Pada awalnya, individu tersebut menyifatkan perkongsian tersebut hanyalah gurauan semata-mata namun, tidak menyangka perkara tersebut benar dilakukan oleh pelawak yang berusia 40 tahun itu.

“Elok-elok orang ramai tak tahu, sekarang dah tahu yang dia pernah “main mesin”.

“Ingatkan benda tu dia saja je buat lawak dulu, rupanya benda betul. sepatutnya benda-benda aib ni tak perlu nak diceritakan atau dikongsikan pun, lagi-lagi secara public macam ni,” tegur individu tersebut.

Netizen tegur Shuib

image is not available

Elok Allah tutup aib dia pula pergi buka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Shuib yang seakan bangga menceritakan kisah lampaunya yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

image is not available image is not available

Podcast tu biarlah content yang berkualiti

Dalam pada itu, ada juga netizen memberi cadangan dan menegur agar Shuib menyajikan kandungan podcast yang berkualiti dan mampu memberi impak positif kepada orang ramai.

image is not availableimage is not available

Terdahulu, Shuib mendedahkan dia pernah main judi ketika sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie.

image is not available

Sumber: X @rabbaniahmad_