
Umum mengenali seorang individu yang berhati mulia dan menjadi hero ketika Malaysia dilanda bencana banjir dengan memandu sebuah kereta Perodua Viva dan membawa bot untuk menyelamatkan mangsa banjir iaitu Azwan Omar atau lebih dikenali dengan nama Abang Viva.
Beliau banyak membantu dalam mengalihkan serta memindahkan mangsa-mangsa banjir ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) ketika bencana tersebut berlaku.
Pada bulan Oktober lepas, Abang Viva telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Evanoza. Isterinya itu juga turut membantu dalam misi sukarelawan ketika banjir melanda di negeri-negeri Pantai Timur baru-baru ini.
Terbaru, Abang Viva telah mendapat kecaman daripada netizen kerana meminta sponsor atau tajaan untuk majlis resepsi mereka yang bakal diadakan pada 31 Disember ini di Alor Gajah, Melaka.
assalamualaikum..saya azwan omar (abang viva) akan membuat majlis resepsi perkahwinan pada 31 disember 2022..bertempat…
Posted by Azwan Omar on Sunday, December 25, 2022
Pun begitu, posting tersebut menerima kecaman daripada netizen kerana ramai yang merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar.
Namun, disebabkan kenyataan tersebut, beliau telah memuat naik sebuah lagi posting bagi meredakan keadaan, beliau turut melakukan permohonan maaf serta menjelaskan niatnya hanyalah untuk mewar-warkan majlis resepsinya itu.
assalamualaikum..pertama sy mintak maaf psal post sy yg lepas..brkenaan isu sponsor…klau tngok btul2..itu sy buat…
Posted by Azwan Omar on Monday, December 26, 2022
“Kalau diikutkan tinggal berapa hari je lgi..jika btul saya nak spnsor saya dah update sebulan lepas..maaf sekali lagi diatas kesalahpahaman semua..,” tulisnya.
Malah, posting terbarunya itu mendapat respon yang positif daripada netizen dan ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau.

Semoga semuanya berjalan lancar Abang Viva!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


