Dikecam Penonton, Jung Yumi Perjelas Sebab Perlu Ada Babak Ranjang Bersama Ji Changwook

EntertainmentMovie
30 Aug 2024 • 4:30 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Rasanya ramai yang terkejut melihat pelbagai adegan provokatif “Queen Woo” kan?

Dalam episod pertama hingga keempat yang bersiaran baru-baru ini, penonton nyata terkesima apabila menonton terlalu banyak adegan ranjang antara teraju utama melibatkan Ji Chang-wook, Jeon Jong-seo, Jung Yu-mi dan ramai lagi.

Namun, adegan Jung Yu-mi dan Ji Chang-wook antara yang telah mendapat reaksi negatif penonton. Ujar Jung Yu-mi sebelum ini dalam sidang media,

Saya berasa terbeban, tetapi saya fikir ia adalah adegan yang jelas diperlukan dalam skrip.

Walau bagaimanapun, penonton memberikan respon kritikan selepas menonton babak itu dengan berkata,

  • Nampaknya bukan adegan yang betul-betul diperlukan.
  • Saya tidak pasti sama ada adegan ranjang yang begitu eksplisit itu diperlukan.
  • Ia mengganggu aliran cerita.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.