Dikecam Sampai Ganggu Emosi, Peserta ATNM2 Buat Laporan Polis Terhadap Netizen

Entertainment
22 Dec 2022 • 12:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hangat di media sosial mengenai peserta program realiti nyanyian, Fieqa yang dikecam hebat setelah didakwa bersikap biadap dengan juri.

Fieqa atau nama sebenarnya Nur Afiqah, memaklumkan akaun media sosialnya menerima ugutan dan kecaman sehingga melibatkan ibu bapanya.

Ganggu emosi

image is not available

Peserta program realiti itu memaklumkan bahawa dirinya tidak membaca komen kecaman netizen bagi melindungi kesihatan emosi dan mentalnya.

Kecaman netizen sangat teruk sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya terima segala kritikan dan tak kisah dikecam tapi kecaman netizen terhadap saya itu sangat melampau sehingga mengganggu mental saya.

Guru vokal dan penyanyi, Datuk Syafinaz juga memberi sokongan terhadap Fieqa melalui satu posting yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

image is not available

Fieqa mendedahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan dirinya bersyukur kerana masih lagi ada sokongan dari keluarga dan kawan-kawan terhadapnya.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media