“Ramai Je Toksik!” – Tular Peserta Muda ATNM ‘Rude’, Lelaki Dedah Budaya Biadap Normal Dalam Industri Hiburan?

Entertainment
20 Dec 2022 • 4:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kecoh baru-baru ini berkenaan seorang peserta All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua yang berumur 16 tahun dikatakan kurang ajar serta pertuturan bahasa ketika membalas komen para juri dianggap biadap.

Isu bermula apabila gadis terbabit membalas komen juri, Catriona Ross dengan selamba dan para juri merasakan nada digunakan olehnya tidak sopan.

Setelah tular paparan video gadis terbabit di media sosial, sememangnya kebanyakkan netizen meninggalkan komen negatif terhadap gadis tersebut.

Bagaimanapun, lain pula pandangan seorang lelaki di TikTok ini apabila dia tidak menyalahkan peserta tersebut, sebaliknya berkongsikan pengalaman semasa berkhidmat di belakang tabir selama 6 tahun.

Sebenarnya sangat common, sangat biasa di dalam industri hiburan. Industri hiburan ni ada ramai sangat orang yang toksik.

Bahkan, dia turut berasa terkejut pihak media kebanyakkannya menganggap gadis terbabit biadap sedangkan hal seperti itu adalah perkara biasa berlaku di belakang tabir.

image is not available

Setelah mendengar penjelasan lelaki terbabit, kebanyakkan netizen memandang dari sudut yang berbeza dan rata-rata bersetuju dengannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) Peserta 16 Tahun Dikritik Menjawab Juri ATNMY Gaya Biadap, Catriona Ross Beri Nasihat 'Pedas' - “Feeling Terpaling Savage”