Dikecam Selalu Beli Busana Ratusan Ribu, Usahawan Tempah Kain Kafan Jenama Rizalman Pula

2 Jan 2026 • 2:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim.

Usahawan tempah kain kafan jenama Rizalman

Dalam satu hantaran video di aplikasi Threads, pengasas tudung Bawal Exclusive itu menegaskan bahawa selain penampilan berjenama di dunia, persiapan untuk kehidupan selepas mati juga perlu diberi perhatian serius.

“Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu, Selalu dikecam. Mati nanti pakai kain kafan je. Hari ini, saya tempah pakaian alam kubur.
“Jenama Rizalman Ibrahim. Pakaian dunia saya berjenama. Akhirat pun kenalah yang terbaik, dan berjenama. Barulah seimbang dunia dan akhirat,” tulisnya pada Khamis.

Video berdurasi hampir lima minit itu memaparkan Heliza membuka kotak set kain kafan yang mengandungi pelbagai barangan serta keperluan menguruskan jenazah.

image is not available

Difahamkan, kain kafan tersebut diperbuat daripada kain yang diimport dari Pakistan.

Selain menekankan persiapan akhirat, beliau turut menegur sikap segelintir individu yang terlalu sibuk mengira dan menilai dosa orang lain.

“Yang sibuk mengira dosa orang, dah tempah ke kain kapan untuk bawa mati?,” ujarnya seolah-olah memberi sindiran.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, netizen berkongsi pendapat masing-masing dengan menyatakan bahawa tindakan itu bagus kerana mengingatkan tentang kematian.

Artikel lanjut: Bukan Untuk Riak Tapi Amanah! Usahawan Permotoran Bayar Zakat RM4 Juta Demi Tanggungjawab

Alhamdulillah, permudahkan orang lain untuk uruskan kita

image is not available

Namun begitu, ada juga segelintir individu kurang bersetuju kerana tindakan itu tetap kelihatan seperti menunjuk-nunjuk.

Tetap riak?

image is not available

Sumber: Threads @halizamaysuri

The post Dikecam Selalu Beli Busana Ratusan Ribu, Usahawan Tempah Kain Kafan Jenama Rizalman Pula appeared first on Borak Daily.