Dikecam Sengaja Pasang Bendera Terbalik, Tuan Badan Bersuara – “Saya Tak Sedar, Memang Nak Ukur Besi..”

LocalPolitics
9 Aug 2025 • 9:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di platform media sosial, tular video memaparkan sebuah kedai perkakasan memasang bendera terbalik yang membuatkan ramai berasa marah.

Teruk dikecam pasang bendera terbalik

Tampil bersuara, pemilik kedai yang terletak di Taman Bertam Permata tampil menafikan dakwaan sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik seperti yang ditularkan di media sosial.

Sebaliknya, lelaki bernama Pang Chin Tian itu berkata kejadian tersebut berlaku sewaktu proses mengukur panjang batang besi untuk pemasangan bendera itu.

image is not available

Memang tak sengaja, sedang ukur panjang besi

Malah pekerja memang diarahkan merakam gambar bagi mendapatkan ukuran panjang besi yang sesuai digunakan. Ketika video dirakam itu hanya percubaan sahaja.

image is not available

Namun begitu, lelaki yang sudah menjalankan perniagaan di lokasi tersebut selama 10 tahun itu tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan itu dan memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Ya, kami mengakui kesilapan dan saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan apa yang berlaku.

image is not available 2025-08-07 20:48:10

Awesome TV Saman Tiga Selebriti Atas Dakwaan Sebar Fitnah