Gelandangan Diberi Sisa Makanan Tiga Remaja Bersuara

8 Aug 2025 • 11:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia lelaki gelandangan tiga remaja cina

Baru-baru ini tular video tiga remaja Cina memberi makanan kepada seorang gelandangan, tapi apa yang ramai tak tahu, makanan yang diberi tu sebenarnya sisa tulang ayam dan nasi. Apahal kau ni jang?

Memetik laporan Harian Metro, lelaki gelandangan dikenali sebagai Ram tampil bersuara dan mengakui dia tak sangka langsung kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial.

image is not available

Saya terkial-kial apabila disapa oleh tiga remaja itu kerana masih baring ketika itu dan tidak menjangka bungkusan yang mereka bawa itu adalah sisa makanan.- Katanya.

Lebih menyentuh hati, walaupun diberi makanan yang dah tak elok, Ram tetap mengucapkan terima kasih dan memaafkan perbuatan mereka.

Tak marah, siap maafkan lagi perbuatan tiga remaja tu…

image is not available

Dalam keadaan hidup yang serba kekurangan, Ram tetap memilih untuk bersangka baik. Dia langsung tak marah dan menganggap remaja itu seperti adik sendiri.

Saya tidak pasti apa kesilapan saya sehingga mereka berbuat demikian, namun saya hanya memandang positif dan menganggap mereka adik.- Katanya.

Menurut Ram yang berusia 49 tahun dan berasal dari Perak, dia dah lama tak bekerja dan kini menjadi gelandangan. Tapi apa yang lebih mengejutkan netizen, Ram sebenarnya fasih berbahasa Inggeris!

image is not available

Pssttt! Ohmedia harap korang janganlah buat main-main dengan nasib orang lain, apatah lagi gelandangan. Kita tak tahu kisah sebenar hidup mereka. Kalau nak bantu, bantu dengan ikhlas. Hormat sesama manusia tu penting, tak kira siapa pun dia.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.